Friday, February 6, 2009

Telecommunication Industry



Industri ntelekomunikasi di Malaysia kini semakin meningkat. Dengan pertumbuhan dan pengenalan teknologi2 baru kepada pengguna. Selain membangunkan dan menambah pulih ekonomi negara, ia juga dapat melahirkan lebih byk masyarakat yang terdedah kepada teknologi terkini. Ini adalah untuk kepentingan individu itu sendiri, kerana semakin meningkat usia kita, semakin meningkat jualah teknologi yg diadaptasi dari aktiviti dan cara hidup kita.

Dalam bidang Telekomunikasi, terdapat pelbagai bidang yg boleh kita ceburi(terutama kpd para graduan dalam bidang telekomunikasi). Antara bidang2 yang ditawarkan oleh syarikat pembekal perkhidmatan mahupun syarikat kontraktor ialah Frequency Planner, Tester, Site Engineer dan sebagainya(ini cuma senarai pendek).

Antara syarikat pembekal perkhidmatan contohnya Maxis, DiGi, Celcom, TM, U-mobile dan mgkn terdapat bbrp syarikat lain yang tidak di sebut. Bagi para kontraktor pula terdiri daripada Instacom, Dailycom, Danawa, Sapura dan lain2. Kesemua syarikat in saling bekerjasama untuk membentuk satu rangkaian telekomunikasi yang teguh di negara ini. Biarpun sebenar nya mereka saling bersaing dalam bidang masing2.

No comments: